Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Hentikan kecaman terhadap atlet Paralimpik – Ziyad

KUALA LUMPUR: Jaguh lontar peluru Paralimpik negara Muhammad Ziyad Zolkefli merayu kepada segelintir rakyat di Malaysia untuk menghentikan serangan siber terhadap atlet Ukraine, Maksym Koval, yang memenangi pingat emas dalam acara lontar peluru pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

“Saya berharap seluruh rakyat Malaysia tolonglah, jangan kecam kawan saya dan juga pemenang pingat emas dari Ukraine itu. Saya harap semua faham, dia pun kategori macam saya, lemah macam saya, kategori kami sama. Saya pun dah seba,k apa lagi dia,” katanya sebaik sahaja beliau tiba di tanah air semalam.

Ziyad berkongsi perasaan kecewa di atas kehilangan pingat emas tetapi menerimanya dengan hati terbuka.

Maksym Koval dikalungkan pingat emas ekoran pembatalan Muhammad Ziyad Zolkefli sebagai juara dalam acara lontar peluru.

Pada Selasa lalu, Ziyad diklasifikasikan sebagai DNS (did not start) selepas didakwa lewat ke bilik menunggu, seterusnya menyaksikan pingat emas acara lontar peluru F20 yang dimenanginya tidak diiktiraf, termasuk rekod dunia 17.94 meter yang diciptanya.

Sementara itu, jurulatih Ziyad Zolkefli, Faizol Harun berharap tiada lagi pihak yang menuding jari kepada sesiapa pin berhubung kontroversi yang menimpa jaguh lontar peluru negara itu pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo.

Faizol Harun, Jurulatih Lontar Peluru Para Negara

Sebaliknya beliau menerima tanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku.

“Kepada semua pihak yang mencari siapa yang bersalah dan tidak bersalah, saya selaku jurulatih kepada Ziyad, saya bertanggungjawab atas semua yang berlaku. Jangan menunding jari kepada orang lain,” katanya.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan