Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Dato Sri Nancy Shukri menyantuni keluarga asnaf semasa program Juh “Shopping Raya” anjuran PEKEMA di Mydin Petra Jaya di Kuching pada Ahad. Foto:TVS

150 anak asnaf terima baucar beli keperluan raya

KUCHING, 16 Mac: Seramai 150 anak asnaf bagi kumpulan pertama menerima baucar bernilai RM200 untuk membeli keperluan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri, pemberian baucar tersebut adalah di bawah program Juh “Shopping Raya” anjuran Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Cawangan Sarawak sebagai usaha untuk memastikan anak asnaf dapat merasai keseronokan Hari Raya.

Menurutnya, usaha bersama PEKEMA itu memberi manfaat kepada keluarga asnaf bagi meringankan beban mereka dalam membeli keperluan beraya anak-anak seperti baju kurung, baju melayu dan songkok.

“Yang ada hari ini adalah 150 anak-anak yang diberi baucar RM200 seorang dan ada yang bukan anak seorang saja tapi ada tiga orang.

“Jadi kita dapat meringankan beban keluarga iaitu sekurang-kurangnya mereka dapat menikmati Hari Raya seperti mana kanak-kanak lain,” katanya semasa ditemui media selepas program Juh “Shopping Raya” anjuran PEKEMA di Mydin Petra Jaya di Kuching pada Ahad.

Sementara itu, Suri Rumah, Nur Mira Boniman meluahkan rasa syukur menjadi salah seorang keluarga terpilih dalam program tersebut dan ia sangat membantu dalam meringankan beban pembelian baju raya anak-anak.

Katanya, pemberian baucar tersebut adalah rezeki anak-anak pada bulan Ramadan setelah pemergian suaminya baru-baru ini.

“Memang membantu mengurangkan beban dalam perbelanjaan terutama untuk anak-anak.

“Suami baru meninggal dan ini baru lepas makan 20 hari, alhamdulillah dapat rezeki anak-anak kami,” ujarnya.

Bagi Suri Rumah, Dayang Rafidah Awang Ubi, penganjuran program tersebut memberi manfaat besar kepada mereka terutama dari sudut ekonomi kerana baucar tersebut mampu digunakan sepenuhnya untuk kegunaan Hari Raya anak-anak.

Dayang turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak penaja program kerana telah meringankan beban mereka yang terdiri daripada keluarga asnaf.

“Ia beri manfaat sebab boleh mengurangkan beban pada masa ini kerana ekonomi pun tidak menentu.

“Kami berterima kasih untuk yang menaja baucar raya dari PEKEMA sebab banyak membantu keluarga yang asnaf dan yang mualaf,” jelasny.

Manakala bagi Penerima Baucar, Abang Mohamad Nazran, dia amat teruja terpilih untuk Program Juh “Shopping Raya” kerana diberi peluang memilih sendiri dan membeli pakaian menyambut Hari Raya.

Jelasnya, baucar tersebut akan digunakan sepenuhnya untuk membeli keperluan rayanya seperti baju raya, kasut dan jam tangan.

“Saya berasa gembira kerana dapat membeli baju raya, kasut dan jam tangan,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan