Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penasihat Rurum Kelabit Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Datuk Gerawat Gala (tengah) semasa sidang media sempena Peringatan Antarabangsa ke-80 Pendaratan Payung Terjun Operasi SEMUT 1945 di sini, hari ini. Foto: Mohd Raffiq (TVS)

Operasi SEMUT di Bario tarik perhatian antarabangsa

ByVanessa Enjop

MIRI, 16 Mac: Peringatan ulang tahun ke-80 pendaratan payung terjun Operasi SEMUT di Bario bakal diadakan pada 25 Mac ini, menandakan satu penghormatan bersejarah kepada perjuangan menentang penjajahan Jepun di Sarawak semasa Perang Dunia Kedua.

Penasihat Rurum Kelabit Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Datuk Gerawat Gala berkata, acara tersebut akan memperingati peranan penting anggota Operasi SEMUT dalam membantu masyarakat tempatan menentang tentera Jepun.

“Acara ini diadakan untuk memperingati pendaratan tentera payung terjun di Bario di bawah Operasi SEMUT 1 semasa Perang Dunia Kedua.

“Salah satu acara utama peringatan ini ialah lakonan semula pendaratan Operasi SEMUT I, yang akan diadakan di Taman Peringatan Bario,” katanya dalam satu sidang media sempena Peringatan Antarabangsa ke-80 Pendaratan Payung Terjun Operasi SEMUT 1945 di sini, hari ini.

Menurutnya, antara acara utama peringatan tersebut ialah lakonan semula pendaratan Operasi SEMUT 1, yang akan diadakan di Taman Peringatan Bario.

“Demonstrasi ini akan dikendalikan oleh Persatuan Payung Terjun Sukan Malaysia (MASPA), Payung Terjun Sarawak, dan pasukan Bomba, dengan sokongan daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta Pasukan Pertahanan Gabungan Australia (ADF).

“Tahun ini, acara ini akan merangkumi lakonan semula secara langsung pendaratan Operasi Semut I di Bario. Ini memberi peluang kepada generasi muda untuk memahami sejarah dan pengorbanan mereka yang berjuang demi kebebasan,” ujarnya.

Acara tersebut akan disertai oleh veteran perang serta keluarga mereka dari pelbagai negara, selain pemimpin masyarakat dari Bario dan sekitarnya.

Turut hadir pada program itu nanti ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, serta wakil dari kedutaan Australia, New Zealand dan United Kingdom.

Tambahnya, selepas acara utama di Bario, satu lagi lakonan semula pendaratan Operasi Semut akan diadakan di Padang Merdeka, Kuching, pada 27 Mac 2025.

“Acara ini akan diserikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Kami menggalakkan seramai mungkin orang untuk hadir dan menyaksikan acara ini,” katanya.

Acara tersebut dianjurkan oleh Rurum Kelabit Sarawak dengan kerjasama Majlis Bandaraya Miri dan Pejabat Residen Miri serta sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Pejabat Sub-Daerah Bario, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia dan MASwings. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan