Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SABERKAS Cawangan Batu Lintang dan KRT Tabuan Laru tidak terkecuali menyemarakkan bulan Ramadan dengan pengagihan bubur lambuk

Bubur lambuk satukan masyarakat berbilang kaum

ByMahathir Haroun

KUCHING, 16 Mac: Keterujaan masyarakat berbilang kaum di Sarawak dalam menyemarakkan Ramadan amat terserlah dengan penglibatan mereka dalam program yang sinonim dengan bulan mulia ini iaitu penyediaan bubur lambuk.

Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Batu Lintang dengan kerjasama Kawasan Rukun Tertangga (KRT) Tabuan Laru tidak terkecuali untuk mengagihkan 1,000 bekas bubur lambuk di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada Sabtu.

Pengerusi SABERKAS Batu Lintang, Patrick Tan berkata, program tersebut merupakan tanda sokongan pihaknya dan KRT Tabuan Laru terhadap kakitangan dan pesakit di HUS.

“Kita mengagihkan 1,000 bekas bubur lambuk kepada kakitangan, pesakit dan orang ramai yang hadir.

“Dalam bulan yang mulia ini, kita percaya semua kumpulan masyarakat perlu dilayan sama rata terutama mereka yang memerlukan,” katanya.

Menurutnya, program tersebut merupakan cara SABERKAS Cawangan Batu Lintang menyatakan rasa kasih sayang kepada masyarakat.

“Walaupun sumbangan kecil, kita berharap pemberian ini dapat menceriakan mereka,” ujarnya.

Hadir sama Setiausaha Politik Premier Sarawak Kho Teck Wan dan Setiausaha Eksekutif SABERKAS Iszuan Haironi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan