Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis ‘Nguar Bubur’ MASJA-SA 2025 dan pengagihan bubur lambuk di perkarangan Masjid Jamek di Kuching, hari ini. Foto TVS

LAKMNS, TVS dan Big Pharmacy ganding bahu agih bubur

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 15 Mac: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) hari ini menganjurkan Majlis ‘Nguar Bubur’ MASJA-SA 2025, menandakan permulaan program tahunan pengagihan Bubur MASJA-SA sempena Ramadan.

Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, program tersebut bukan sahaja bertujuan mengekalkan tradisi penyediaan Bubur MASJA-SA yang sinonim dengan Ramadan di Sarawak tetapi juga sebagai medium memperkukuh semangat kebersamaan dan budaya memberi dalam kalangan masyarakat.

“Program ini bukan sahaja memperkukuh ukhuwah Islamiah, tetapi juga melambangkan peranan serta kepedulian institusi masjid dalam menyantuni masyarakat.

“Inisiatif ini bukan sekadar mengagihkan juadah berbuka puasa, tetapi turut menghidupkan semangat Ramadan melalui amalan bersedekah, bergotong-royong, dan saling membantu dalam komuniti,” katanya ketika ditemui TVS selepas Majlis ‘Nguar Bubur’ MASJA-SA 2025 dan pengagihan bubur lambuk di perkarangan Masjid Jamek di sini, hari ini.

Pada tahun ini program Bubur MASJA-SA anjuran LAKMNS turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak bagi memastikan kelangsungan tradisi agihan bubur sempena Ramadan.

Liansin Sdn Bhd dan Bernas Wilayah Sarawak masing-masing menaja 500kg beras sebagai bahan utama penyediaan bubur, manakala TV Sarawak (TVS) dan Big Pharmacy turut menyumbang tiga periuk bubur untuk diagihkan kepada masyarakat.

Dalam pada itu menurut Presiden Kelab Kakitangan Sarawak Media Group (SMG), Sardon Zainal, kerjasama tersebut sebagai lambang perpaduan dan kebersamaan dalam menyantuni masyarakat sepanjang bulan Ramadan.

“Saya berharap program seperti ini dapat diperluaskan lagi pada tahun-tahun akan datang dengan penyertaan lebih banyak pihak korporat,” ujar Sardon.

Senada dengan itu, Penolong Pengurus Kawasan Big Pharmacy, Sonia Yap Yung Hwei, menyifatkan program ini sebagai platform terbaik untuk pihaknya menyumbang kembali kepada masyarakat, khususnya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

“Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan dan diperluaskan lagi pada masa hadapan agar lebih ramai golongan dapat menerima manfaat, sekali gus mengukuhkan semangat kebersamaan dalam komuniti,” katanya.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kira-kira 3,000 pek Bubur MASJA-SA disediakan oleh kakitangan LAKMNS dengan kerjasama sukarelawan belia.

Pengagihan bubur dilakukan secara pandu lalu kepada masyarakat sekitar, bermula selepas solat Asar, dari tarikh 11 Mac hingga 20 Mac nanti.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan