Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Kakitangan JKR Betong. Foto UKAS

Uggah hadiri majlis berbuka puasa JKR Betong

ByIzzah Kamilah Yunus

BETONG, 14 Mac: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, hari ini menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Betong.

Ketibaan beliau disambut oleh Pengarah JKR Sarawak, Dr Cassidy Moris, di Kompleks Kerajaan Betong.

Dalam majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf dari Baitulmal dan penerima JKR Betong yang terpilih, selain menyantuni kakitangan JKR.

Majlis yang dihadiri lebih 200 kakitangan JKR Bahagian Betong itu turut menyaksikan Uggah yang juga ADUN Bukit Saban menyampaikan sumbangan daripada Persatuan Kebajikan Islam (PKIJ) JKR Betong kepada pegawai JKR Betong, golongan asnaf dan pemberian buah kurma kepada pegawai-pegawai JKR.

Program pada petang itu turut diselitkan dengan pengisian tayangan video montaj JKR Bahagian Betong, tazkirah Ramadan sebelum diteruskan dengan majlis berbuka puasa.
Terdahulu, Uggah melakukan lawatan ke tapak pembinaan Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Bebuling, Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC), dan Jambatan Sungai Paku, Spaoh.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan