Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi dan Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi menyantuni tetamu yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa anjuran MUT.

Julaihi berbuka puasa bersama warga Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 14 Mac: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak hari ini menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama warga kerja di sebuah hotel terkemuka di sini.

Majlis yang dihadiri kira-kira 300 tetamu itu diserikan dengan kehadiran Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi.

Hadir sama, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

 

Majlis berbuka puasa itu dianjurkan sebagai tanda penghargaan kepada para pegawai dan kakitangan kementerian serta agensi di bawahnya atas komitmen mereka dalam menyediakan perkhidmatan utiliti dan telekomunikasi yang terbaik kepada rakyat Sarawak.

Majlis dimulakan dengan tazkirah Ramadan sementara menunggu waktu berbuka.

Usai solat maghrib berjemaah, para tetamu menjamu selera. Majlis diteruskan dengan solat isyak dan tarawih berjemaah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan