Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Hari Integriti dan Majlis Berbuka Puasa anjuran SEDC di Kuching, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Senarai bidang pengajian inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak diumum Oktober 2025

ByDouglas Elliot

KUCHING, 14 Mac: Senarai bidang pengajian terpilih bagi inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak akan diumumkan Oktober 2025.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata langkah ini susulan pengambilan pertama inisiatif itu yang akan bermula pada tahun 2026.

“Mereka boleh memilih daripada pelbagai jurusan kursus atau disiplin untuk kita terus maju dalam semua industri. Terdapat bidang yang berkaitan industri canggih dan juga berasaskan ekonomi baharu dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Hari Integriti dan Majlis Berbuka Puasa anjuran Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) di sini, hari ini.

Tambahnya, inisiatif ini juga bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja mahir bagi memenuhi keperluan industri masa hadapan.

Melibatkan universiti milik Kerajaan Sarawak, dasar ini akan memberi manfaat kepada lebih 25,000 pelajar di seluruh Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan