Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Mohamad Razi Sitam pada Majlis Sejambak Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 di Lawas, hari ini. Foto UKAS

Sebarkan maklumat mengenai bantuan disediakan kerajaan

LAWAS, 14 Mac: Pemimpin masyarakat perlu memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat berkaitan bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada mereka yang memerlukan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dipetik menerusi laporan berita Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) berkata kerajaan sentiasa peka dengan kehendak masyarakat, terutama golongan yang memerlukan bantuan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari berkata pelbagai bentuk bantuan telah diperkenalkan, termasuk bantuan kelahiran, sebagai sebahagian daripada dasar-dasar kerajaan Sarawak dalam usaha menyantuni masyarakat.

“Kepimpinan masyarakat harus memainkan peranan sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat bagi memastikan setiap bantuan yang disediakan sampai kepada golongan sasar,” katanya pada Majlis Sejambak Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohamad Razi Sitam berkata, seramai 1,215 penerima bantuan daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Limbang yang menyambut Hari Raya Aidilfitri akan menerima sumbangan perayaan.

Daripada jumlah tersebut, seramai 100 orang klien telah dijemput menghadiri majlis hari ini, manakala selebihnya akan menerima bantuan melalui akaun bank, jelasnya.

Beliau berharap Majlis Sejambak Kasih Raya Bahagian Limbang 2025 dapat membantu penerima dan menjadi contoh kepada masyarakat setempat.

Selain itu, beliau turut menyeru agar kepimpinan masyarakat terus bekerjasama dengan JKM dalam merealisasikan visi dan misi jabatan untuk kebajikan rakyat.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan