Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. Foto fail Bernama

KPM beri jaminan sesi persekolahan 2026 bermula Januari

BySuara Sarawak

KUCHING, 14 Mac: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan persiapan bagi mengembalikan permulaan sesi persekolahan pada Januari pada 2026 berjalan dengan lancar.Sarawakian travel destinations

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya merancang dan melaksanakan persediaan dengan rapi bagi memastikan kelancaran perubahan ini, termasuk mengambil kira jumlah hari persekolahan dan jadual peperiksaan utama.

“Alhamdulillah, persediaan kita laksanakan dengan sangat rapi. Pertama, kita memastikan tempoh persekolahan kekal sebagaimana yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan, iaitu 190 hari.

“Kedua, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga bermula sedikit lebih awal, tetapi persiapannya akan selesai sebelum Krismas,” katanya ketika ditemui media dalam satu majlis berbuka puasa di sebuah hotel di sini, semalam.

Menurut Fadhlina, KPM turut mengambil kira semua aspek berkaitan cuti sekolah dan komitmen lain bagi memastikan peralihan ini dapat dilaksanakan dengan baik.

Tahun ini menandakan tahun terakhir sesi persekolahan bermula pada Mac selepas perubahan jadual akibat pandemik COVID-19.Sarawakian travel destinations. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan