Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing yang dikategorikan sebagai ganas dan bahaya menerusi Op Rantau di Desa Vista di sini awal pagi tadi.

Polis tembak mati tiga penjenayah warga asing di Sepang

ByBernama

SEPANG, 14 Mac: Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing yang dikategorikan sebagai ganas dan bahaya menerusi Op Rantau di Desa Vista di sini awal pagi tadi.

Dalam operasi pada 2.30 pagi itu, sepasukan anggota polis yang menjalankan rondaan bertembung dengan tiga lelaki memakai pakaian gelap dan bertopeng sebelum mereka bertindak menyerang polis dengan menggunakan parang.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Bukit Aman Datuk Fadil Marsus ketika dihubungi Bernama berkata bagi mempertahankan diri dan memastikan keselamatan, polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah suspek.

“Ketiga-tiga suspek berusia antara 35 hingga 40 tahun itu disahkan mati di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata dengan tumpasnya kesemua suspek, polis berjaya menyelesaikan 17 kes samun dan pecah rumah di Selangor, Negeri Sembilan, dan Kuala Lumpur dengan nilai kerugian hampir RM1 juta.

“Berdasarkan risikan, polis percaya suspek aktif dalam kegiatan samun di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur sejak awal 2024 hingga kini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan