Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Banjir di 10 kampung terjejas di Beaufort semakin pulih dengan jumlah mangsa semakin berkurangan. Foto fail Bernama

Mangsa banjir di Beaufort tinggal 407 orang

ByBernama

KOTA KINABALU, 14 Mac: Mangsa banjir di Beaufort terus menurun kepada 407 orang daripada 129 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 449 orang daripada 144 keluarga 8 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan hanya empat pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi iaitu Dewan PSP Dun Banir, Dewan Bisaya, Dewan Residensi Prima dan Dewan Kukut yang dibuka sejak 8 Mac.

“Banjir di 10 kampung terjejas di Beaufort semakin pulih dengan jumlah mangsa semakin berkurangan,” menurut kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan