Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anthony bercakap dalam sidang media selepas melancarkan Kiosk Sentuhan MADANI di KL Sentral di sini hari ini. Foto, Afiq Johari (TVS).

Lawatan mengejut KSN ke JPJ bukan perkara negatif

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Warga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diminta tidak menganggap lawatan mengejut Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar ke pejabat jabatan itu baru-baru ini sebagai perkara negatif.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, lawatan itu merupakan bentuk sokongqn untuk meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat.

“Setiap kakitangan JPJ dan warga Kementerian Pengangkutan perlu menganggap setiap pemeriksaan mengejut ini sebagai dorongan untuk kita memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat serta meningkatkan lagi mutu perkhidmatan.

“Ini bukan sekadar cabaran tetapi juga sokongan kepada kita semua,” katanya ketika merasmikan Majlis Peluncuran Kiosk Sentuhan MADANI di KL Sentral, hari ini.

Anthony turut mengalu-alukan lebih banyak lawatan mengejut bagi memastikan tahap kecekapan dan integriti jabatan itu terus diperkukuh.

Menurutnya, pemantauan berterusan bukan untuk mencari kesalahan tetapi sebagai sokongan kepada kakitangan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Saya alu-alukan lebih banyak lawatan oleh beliau. Mana-mana cawangan JPJ perlu sentiasa bersiap sedia.

“Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadzly Ramli, juga perlu sentiasa berkeliling memastikan semuanya berjalan lancar,” katanya.

Beliau berharap agar seluruh warga Kementerian Pengangkutan, khususnya JPJ, menghargai usaha Tan Sri Shamsul Azri dalam memastikan mutu perkhidmatan kerajaan terus diperkasa.

Baru-baru ini, Shamsul Azri mengadakan lawatan mengejut ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan termasuk Pejabat JPJ bagi meneliti usaha penambahbaikan perkhidmatan yang ditawarkan.

Pada 12 September tahun lalu, beliau turut mengadakan lawatan mengejut ke ibu pejabat JPJ di Putrajaya, di mana beliau menggesa JPJ meningkatkan taraf perkhidmatan serta menangani isu yang menjejaskan kepuasan pelanggan. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan