Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Rosey Yunus (tengah) pada Majlis Sejambak Kasih Hari Raya Aidilfitri Bekenu 2025 di Dewan Masyarakat Bekenu, dekat Miri, hari ini.

Jabatan Kebajikan Masyarakat salur bantuan lebih RM5.2 juta kepada 4,564 penerima di Miri

ByVanessa Enjop

MIRI, 13 Mac: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyalurkan bantuan kewangan lebih RM5.2 juta kepada 4,564 penerima di Bahagian Miri bagi tempoh Januari hingga Februari 2025.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus berkata bagi bulan Januari hingga Februari 2025, Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri telah menyalurkan perbelanjaan sebanyak RM4,287,150 kepada 4,564 penerima bantuan bulanan.

“Manakala, bagi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Subis termasuk kawasan Bekenu, sejumlah RM921,600 telah disalurkan kepada 1,004 penerima dalam tempoh yang sama,” katanya ketika berucap pada Majlis Sejambak Kasih Hari Raya Aidilfitri Bekenu 2025 di Dewan Masyarakat Bekenu, di sini, hari ini.

Menurutnya bantuan berkenaan merupakan usaha Kerajaan Sarawak memelihara kebajikan rakyat dengan menyalurkan bantuan kewangan kepada golongan yang memerlukan di bahagian Miri.

Menurutnya, seramai 738 orang penerima bantuan bulanan di Bahagian Miri menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, termasuk 270 penerima beragama Islam di kawasan Bekenu.

Bercakap berkaitan majlis hari ini, Rosey memberitahu ia bertujuan meringankan beban kewangan serta menceriakan penerima bantuan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, khususnya di kawasan luar bandar seperti Bekenu.

“Pada Majlis Sejambak Kasih hari ini, seramai 100 orang penerima yang hadir menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM100.

“Manakala, 170 orang lagi yang tidak dapat hadir akan menerima sumbangan tersebut secara kredit terus ke akaun masing-masing,” ujarnya.

Tambahnya, inisiatif ini sejajar dengan komitmen kerajaan negeri dalam membantu meningkatkan kualiti hidup di kalangan keluarga yang kurang berkemampuan.

“Majlis Sejambak Kasih diadakan bagi meringankan beban kewangan serta menceriakan penerima bantuan beragama Islam sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini, khususnya di kawasan Bekenu,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan