Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kewangan Kanada Dominic LeBlanc mengumumkan tarif timbal balas sebanyak 25 peratus ke atas import tambahan bernilai Can$29.8 bilion dari Amerika Syarikat (AS). Foto AFP

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan Can$29.8 bilion dari AS – Menteri Kewangan

WASHINGTON, 13 Mac: Kanada akan mengenakan tarif timbal balas sebanyak 25 peratus ke atas import tambahan bernilai Can$29.8 bilion dari Amerika Syarikat (AS), termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada Dominic LeBlanc pada Rabu.

“Hari ini, saya mengumumkan bahawa Kerajaan Kanada, mengikut pendekatan dolar-untuk-dolar, akan mengenakan tarif timbal balas sebanyak 25 peratus ke atas import tambahan bernilai Can$29.8 bilion dari AS, berkuat kuasa mulai 12.01 tengah malam esok, 13 Mac 2025.

“Ini termasuk Can$12.6 bilion produk keluli, Can$3 bilion produk aluminium dan tambahan Can$14.2 bilion import lain dari AS. Antara produk yang terkesan ialah komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang,” kata LeBlanc dalam sidang akhbar, menurut laporan RIA Novosti.

Menteri Hal Ehwal Luar Kanada Melanie Joly pula berkata beliau telah memberi amaran kepada rakan sejawatnya di Eropah bahawa Kanada adalah seperti “burung kenari dalam lombong arang batu,” memberi isyarat bahawa tiada negara yang selamat daripada tarif AS.

“Para menteri luar sedang bermesyuarat di Charlevoix, Quebec. Saya akan bertemu dengan Setiausaha Negara AS Marco Rubio serta rakan sejawat saya dari Eropah dan Britain.

Dalam setiap pertemuan, saya akan membangkitkan isu tarif untuk menyelaras tindak balas bersama dengan Eropah dan memberi tekanan ke atas AS,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan