Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyerang Kuching City FC Ahmad Hazwan Bakri mengawal bola daripada pemain Kedah Darul Aman FC Wan Amiril Afiq pada saingan Liga Super di Stadium Negeri, Kuching, malam tadi. Foto Bernama

Kuching City FC benam KDA FC 3-0

ByBernama

KUCHING, 13 Mac: Kuching City FC memintas Terengganu FC untuk berada di tangga keempat Liga Super 2024/2025 selepas menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 3-0 di Stadium Negeri di sini, malam tadi.

Babak pertama perlawanan menyaksikan pasukan tuan rumah bermula garang dengan melancarkan serangan demi serangan bagi melemahkan benteng pertahanan skuad bimbingan Victor Andrag.

Asakan Kuching City FC membuahkan hasil menerusi jaringan bekas penyerang kebangsaan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-44, hasil hantaran mudah Tchetche Kipre, sekali gus meletakkan The Cats mendominasi perlawanan.

Bersambung babak kedua, Kuching City FC yang dibimbing Aidil Sharin Sahak tidak menunggu lama untuk mendapatkan gol kedua menerusi Muhammad Ramadhan Saifullah Usman, yang bijak mengambil peluang selepas menerima sepakan sudut pada minit ke-58.

Turun sebagai pemain gantian, penyerang berbisa tuan rumah Jordan Mintah menepati ramalan apabila meledakkan gol ketiga menerusi hantaran pendek pada masa kecederaan, sekali gus mengecewakan penjaga gol Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim yang berada jauh dari gawang.

Perlawanan malam tadi adalah perlawanan tertunda ekoran hujan lepada dan keadaan padang yang teruk pada 24 Januari.

Keputusan 3-0 kekal sehingga wisel penamat ditiupkan.

Selepas mengharungi 21 perlawanan, Kuching City kini berada di tangga keempat dengan 33 mata, satu mata mengatasi Terengganu FC, manakala Kedah di tangga ke-11 dengan 20 mata hasil daripada 20 perlawanan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan