Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) mengesahkan terdapat sebuah panel dinding di Stesen Masjid Jamek runtuh ketika hujan ribut melanda pada 4.04 petang tadi. Foto Orang awam (Laman X)

Panel dinding stesen LRT Masjid Jamek runtuh, tiada kemalangan jiwa – Rapid Rail

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Mac: Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) mengesahkan terdapat sebuah panel dinding di Stesen Masjid Jamek runtuh ketika hujan ribut melanda pada 4.04 petang tadi.

Rapid Rail dalam kenyataan memaklumkan insiden terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.

Selain itu, perkhidmatan tren dan operasi stesen berjalan seperti biasa dan semua penumpang boleh meneruskan perjalanan ke destinasi yang ditujui.

“Kerja-kerja pembersihan dan baik pulih sedang giat dijalankan oleh pasukan fasiliti Rapid Rail,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menjelaskan satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian secara terperinci untuk memastikan struktur binaan Stesen Masjid Jamek selamat.

Anggota Polis Bantuan tambahan juga telah ditempatkan di stesen bagi melancarkan pergerakan penumpang.

Rapid Rail memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi penumpang ketika ini, dan memaklumkan sebarang perkembangan terkini akan dikemas kini menerusi laman media sosial Rapid KL. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan