Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Acara larian berskala besar, Bintulu Marathon bakal berlangsung pada 3 Ogos 2025.

Bintulu Marathon kembali pada 3 Ogos, tawar hadiah lumayan

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 12 Mac: Acara larian berskala besar, Bintulu Marathon kembali lagi tahun ini dengan menjanjikan pengalaman menarik kepada para peserta.

Menerusi satu hebahan, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) memaklumkan para peserta berpeluang menikmati keindahan dan keistimewaan bandar itu di sepanjang laluan larian yang bermula di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu.

“Bintulu Marathon juga memberi peluang kepada seluruh masyarakat untuk merasai pengalaman menyertai acara larian dengan menawarkan beberapa kategori termasuk Full Marathon 42KM, Half Marathon 21KM, Middle-Distance 10KM dan Fun Run 6KM,” menurut kenyataan tersebut.

Pendaftaran ‘early bird’ masih dibuka sehingga Jumaat, 14 Mac 2025 dengan kadar bayaran RM110 bagi acara Full Marathon, RM90 (Half Marathon), RM70 (10KM) dan RM50 (Fun Run).

Manakala bermula 15 Mac sehingga 31 Mei depan, yuran pendaftaran akan kembali ke kadar biasa iaitu RM140 bagi acara Full Marathon, RM120 (Half Marathon), RM100 (10KM) dan RM70 (Fun Run).

“Race Entry Pack Collection (REPC) akan bermula pada 31 Julai sehingga 2 Ogos bermula jam 10 pagi sehingga jam 6 petang untuk dua hari pertama, manakala hari terakhir bermula jam 10 pagi sehingga 4 petang.

“Walaubagaimanapun, lokasi bagi REPC akan dimaklumkan kemudian,” kata kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu BDA turut memberitahu acara larian Bintulu Marathon yang bakal berlangsung pada 3 Ogos itu, menawarkan hadiah yang lumayan berbentuk wang tunai bagi acara Full Marathon, Half Marathon dan Middle-Distance 10KM.

Bagi acara Full Marathon kategori Terbuka Lelaki dan Terbuka Wanita, tempat ketiga masing-masing akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000, tempat kedua RM4,000 dan tempat pertama RM7,000.

Untuk kategori Veteran Lelaki dan Veteran Wanita, tempat ketiga RM1,000, tempat kedua RM2,000 dan tempat pertama akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari portal HeyJom di pautan https://www.heyjom.com/event/Bintulu-Marathon-2025 dan portal CPS di pautan https://cps4.me/bintulu-marathon-2025 – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan