Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak terus melahirkan bakat-bakat hebat dalam arena sukan papan selaju (skateboarding) di Malaysia, namun kekurangan fasiliti bertaraf antarabangsa menjadi cabaran utama bagi atlet negeri ini.

Sarawak perlukan ‘skate park’ bertaraf antarabangsa – SKA

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 12 MAC: Sarawak terus melahirkan bakat-bakat hebat dalam arena sukan papan selaju (skateboarding) di Malaysia, namun kekurangan fasiliti bertaraf antarabangsa menjadi cabaran utama bagi atlet negeri ini, kata Penasihat Teknikal Persatuan Skateboarding Sarawak (SKA), Azizan Boy Alli.

Menurut Azizan, pemain skate (skater) dari Sarawak telah mendominasi sukan tersebut dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, tetapi tanpa kemudahan yang setanding dengan piawaian antarabangsa, prestasi mereka sukar untuk dikekalkan.

Penasihat Teknikal Persatuan Skateboarding Sarawak (SKA), Azizan Boy Alli.

“Namun untuk mengekalkan prestasi mereka agak sukar kerana kita masih kekurangan fasiliti bertaraf antarabangsa. Hakikatnya, kita memang tidak mempunyai kemudahan sedemikian,” katanya ketika ditemui TVS baru-baru ini.

Azizan menegaskan bahawa tanpa fasiliti yang memenuhi standard antarabangsa, atlet Sarawak terpaksa bekerja lebih keras berbanding atlet dari negeri lain.

Ini kerana kata Azizan, mereka (skater Sarawak) perlu menyesuaikan diri dengan keadaan ‘venue’ pertandingan di luar negeri sebelum bertanding, sekali gus memerlukan mereka berlatih lebih awal di Semenanjung Malaysia.

“Selepas memperoleh kemahiran di sana dan kembali ke Sarawak, kemahiran itu sukar dikekalkan kerana kita tiada fasiliti yang sesuai untuk mereka terus berlatih,” jelasnya.

Azizan turut mendedahkan bahawa dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, pihak SKA telah mengadakan perbincangan dengan Perbadanan Sukan Sarawak, yang ketika itu diketuai oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Awang Putrayusrie Awang Redzuan.

Katanya, SKA bersyukur kerana usaha tersebut mendapat sokongan, termasuk kelulusan dana bagi melaksanakan program pembangunan sukan papan selaju.

Tambahnya lagi antara cadangan yang dikemukakan adalah pembinaan ‘mobile obstacle’ iaitu halangan mudah alih yang boleh dibawa ke daerah-daerah yang tidak mempunyai skate park bertaraf antarabangsa.

“Kami bercadang untuk membawa halangan mudah alih ini ke daerah-daerah bagi memberi peluang kepada skater tempatan untuk berlatih dalam persekitaran yang lebih baik. Namun, ketika ini kami masih menghadapi kekangan bajet untuk merealisasikannya,” katanya.

Oleh yang demikian Azizan berharap pihak berkaitan dapat memberikan perhatian serius terhadap isu ini agar Sarawak terus melahirkan atlet papan selaju yang mampu bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found