Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak menerima sebarang maklumat berkaitan pelajar Malaysia yang terjejas dalam insiden letupan bom di Pekan Sungai Golok, selatan Thailand pada 8 Mac lepas. Foto fail Media sosial

KPT tidak terima maklumat pelajar terjejas susulan letupan bom di Golok – Zambry

ByBernama

PUTRAJAYA, 11 Mac:  Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak menerima sebarang maklumat berkaitan pelajar Malaysia yang terjejas dalam insiden letupan bom di Pekan Sungai Golok, selatan Thailand pada 8 Mac lepas.

Menteri Pendidikan Tinggi ​Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata KPT mengikuti secara dekat kejadian berkenaan.

“Sehingga kini, tidak ada sebarang maklumat berkaitan sama ada pelajar kita (terjejas) dari segi kecederaan atau mangsa yang terlibat (itu) daripada pelajar kita atau tidak,” katanya kepada media selepas Majlis Iftar Ramadan bersama warga KPT di sini hari ini.

Zambry berkata kebanyakan pelajar Malaysia belajar secara persendirian dalam bidang-bidang agama dan sebagainya di selatan Thailand.

Media sebelum ini melaporkan dua sukarelawan polis maut, manakala lapan lagi cedera dalam kejadian serangan bersenjata dan letupan bom di hadapan Pejabat Daerah Sungai Golok.

Serangan berlaku kira-kira sejam selepas umat Islam di wilayah selatan Thailand itu berbuka puasa.

Susulan itu, Wisma Putra menggesa rakyat Malaysia untuk menangguhkan perjalanan tidak penting ke Yala, Narathiwat dan Pattani buat masa ini.

Dalam perkembangan lain, Zambry berkata empat pelajar Malaysia yang cedera dalam kemalangan jalan raya di Jordan pada 8 Mac lepas dilaporkan stabil, manakala seorang lagi dalam pengawasan pihak hospital.

“Saya mendapat maklum balas setiap hari dan saya mengarahkan pihak Education Malaysia Jordan (EMJ) supaya menyediakan laporan itu kepada saya setiap hari,” katanya.

Zambry ketika ditanya pelajar berkenaan akan balik ke Malaysia berkata KPT belum mendapat maklumat kerana doktor masih membuat pemantauan terhadap mereka.

Sebelum ini, media melaporkan empat pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di Universiti Mu’tah, Jordan cedera selepas terbabit dalam nahas jalan raya di negara berkenaan.

Dua daripada pelajar itu berasal dari Johor, manakala dua lagi masing-masing dari Selangor dan Kuala Lumpur.

Dalam majlis iftar itu, Zambry menyampaikan sumbangan raya kepada 98 orang pembantu khidmat am terdiri daripada warga pengurusan ibu pejabat, Jabatan Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti serta Akademi Kepimpinan Tinggi (AKEPT). -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan