Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang nelayan tempatan yang dipercayai terjatuh ke dalam laut di perairan berdekatan Pulau Tikus, di sini, semalam ditemukan meninggal dunia pagi ini. Foto hiasan Envato

Nelayan terjatuh di perairan Pulau Tikus ditemukan meninggal dunia

ByBernama

GEORGE TOWN, 11 Mac: Seorang nelayan tempatan yang dipercayai terjatuh ke dalam laut di perairan berdekatan Pulau Tikus, di sini, semalam ditemukan meninggal dunia pagi ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata mayat lelaki berusia 59 tahun itu ditemukan pada 11.15 pagi oleh pasukan Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT), pada kedudukan 2.9 batu nautika di utara Tanjung Bungah.

Beliau berkata kejadian dilaporkan kepada polis pada 10.30 pagi semalam oleh seorang nelayan tempatan yang memberitahu rakannya dipercayai terjatuh ke dalam laut di perairan berdekatan Pulau Tikus.

“Mangsa dilihat keluar ke laut bersendirian menggunakan sampan sekitar 7 pagi sebelum dikatakan terjatuh ke dalam laut.

“Ketika ditemukan, mangsa berpakaian baju sejuk hitam berjalur merah dan berseluar sukan hitam. Pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati tiada kesan unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan penemuan itu, Abdul Rozak berkata operasi CARILAMAT ditamatkan pada 12.20 tengah hari, manakala waris telah membuat pengecaman sebelum mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan