Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Terus amalkan SOP : Pencegahan penularan varian Delta bermula daripada anda

BySteward Dawi

KUCHING: Cara-cara mengelak penularan varian Delta tetap sama seperti COVID-19 sebelum ini, menurut kata pakar.

Walaupun sudah divaksin, seseorang itu tidak semestinya tidak berisiko dijangkiti varian Delta.

Orang ramai masih boleh dijangkiti dan menjangkiti orang lain terutamanya golongan yang masih belum divaksin seperti kanak-kanak dan golongan rentan.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam Dr Johnny Pangkas berkata orang ramai perlu lebih berjaga-jaga terhadap varian Delta yang dilihat paling dominan di dunia iaitu dua hingga empat kali lebih cepat berjangkit berbanding varian asal COVID-19 sebelum ini.

“Cara tetap sama seperti sebelum ini iaitu terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan seperti mengamalkan 3W dan mengelak 3C.

“Kita mesti sentiasa menggunakan pelitup muka dan hidung, kerap mencuci tangan dan mengamalkan penjarakan fizikal. Jangan pergi atau berada di tempat yang sesak, tempat yang sempit dan bersembang secara dekat,” katanya ketika memberi perkongsian secara langsung di laman Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak pada hari ini.

Dr Johnny juga mengingatkan orang ramai supaya tidak mengunjungi rakan-rakan, keluarga terdekat atau pulang berjumpa ibu bapa buat sementara waktu bagi mengelak pertambahan kes varian Delta.

“Kita melihat kes varian Delta semakin meningkat dan ada kes melibatkan kanak-kanak. Selain itu, ada mereka yang menunjukkan simptom lambat mendapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan mahupun hospital berdekatan.

“Sekiranya anda mengalami tanda-tanda dijangkiti varian Delta seperti sakit kepala berpanjangan, demam, sakit kerongkong, muntah, cirit-birit, sakit otot, dan lemah anggota badan, jangan berlengah mendapatkan pemeriksaan kesihatan dari fasiliti perubatan berdekatan,” jelasnya.

Beliau menambah, mereka yang mempunyai gejala mesti mendapatkan pemeriksaan kesihatan segera terutamanya apabila mereka pernah menjadi kontak rapat ahli keluarga atau rakan sekerja yang disahkan positif varian Delta.

Beliau turut menegaskan bahawa aktiviti keramaian seperti majlis perkahwinan, hari jadi, perayaan, kegiatan keagamaan dan sebarang aktiviti yang melibatkan orang ramai mesti dielakkan buat sementara waktu.

“Ini bagi mengelak jangkitan berlaku dalam kalangan komuniti yang melibatkan keluarga terdekat, orang kampung dan rakan sekerja,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, kes jangkitan varian Delta di tempat kerja juga semakin membimbangkan dan majikan perlu lebih tegas untuk memastikan pekerja mereka mengikut Prosedur Standard Operasi (SOP) di tempat kerja seperti tidak makan secara berkumpulan di pantri pejabat bagi mengurangkan risiko jangkitan di tempat kerja.

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan