Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan memberi jaminan bahawa sebarang pembangunan teknologi nuklear bagi tujuan penjanaan elektrik akan dikendalikan dengan selamat serta mematuhi perundangan ketat bagi memastikan kesejahteraan rakyat. Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: Kerajaan jamin pembangunan teknologi nuklear selamat untuk jana elektrik

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 10 Mac: Kerajaan memberi jaminan bahawa sebarang pembangunan teknologi nuklear bagi tujuan penjanaan elektrik akan dikendalikan dengan selamat serta mematuhi perundangan ketat bagi memastikan kesejahteraan rakyat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata perbincangan mengenai penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga baharu sedang dijalankan dalam rangka pembangunan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) melalui sesi libat urus bersama pemegang taruh.

“Perancangan ini memerlukan kajian menyeluruh bagi mengenal pasti pilihan teknologi yang bersesuaian daripada aspek keselamatan dan ekonomi dalam menangani isu peralihan tenaga serta perubahan iklim.

“Sekiranya kerajaan memutuskan untuk menggunakan tenaga nuklear bagi tujuan penjanaan elektrik pada masa hadapan, kementerian melalui Jabatan Tenaga Atom bertanggungjawab memastikan pelaksanaannya dikendalikan dengan selamat dan mematuhi Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984,” katanya pada Sesi Pertanyaan Lisan di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Nelson W Angang yang ingin tahu sama ada pelan perancangan untuk tenaga nuklear akan diteruskan dalam RMk-13 dan apakah strategi holistik pembangunan, peranan Agensi Nuklear Malaysia dan sektor swasta dalam aspek keselamatan, kos, dan pemantauan risiko sekiranya diteruskan.

Mengulas lanjut, Lih Kang berkata, kementerian melalui Agensi Nuklear Malaysia berperanan sebagai agensi penghubung kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) bagi memastikan pematuhan kepada standard antarabangsa dalam aspek keselamatan, sekuriti, dan kawalgunaan teknologi nuklear.

“Selain itu, Jabatan Tenaga Atom turut merangka pelan tindak balas kecemasan bagi menghadapi sebarang insiden yang melibatkan bahan radioaktif dan nuklear termasuk latihan serta simulasi bersama agensi berkaitan bagi meningkatkan kesiapsiagaan negara.

Bagi memperkukuh infrastruktur perundangan berkaitan keselamatan dan kawalgunaan tenaga nuklear, kerajaan kini sedang meminda Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984,” katanya.

Sementara itu beliau berkata dalam aspek kepakaran, Nuklear Malaysia memiliki pengalaman lebih 40 tahun dalam pengoperasian reaktor penyelidikan TRIGA PUSPATI yang melibatkan penyeliaan bahan nuklear dan radioaktif.

“Aktiviti kawal selia fasiliti ini dilaksanakan oleh pasukan bertanggungjawab yang dilantik mengikut peraturan serta perundangan sedia ada.

“Pengalaman ini dapat dimanfaatkan dalam kawal selia nuklear sekiranya Malaysia menggunakan tenaga nuklear dalam penjanaan elektrik,” katanya lagi. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan