Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mark Carney, yang akan mengambil alih kepimpinan sebagai Perdana Menteri Kanada menggantikan Justin Trudeau menegaskan bahawa negaranya tidak akan sesekali menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat (AS), meskipun berdepan ancaman daripada Presiden Donald Trump. Foto AFP

Carney tegaskan negaranya tidak akan pernah jadi sebahagian daripada AS

ByBernama

MOSCOW, 10 Mac: Mark Carney, yang akan mengambil alih kepimpinan sebagai Perdana Menteri Kanada menggantikan Justin Trudeau menegaskan bahawa negaranya tidak akan sesekali menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat (AS), meskipun berdepan ancaman daripada Presiden Donald Trump.

“Amerika bukan Kanada. Dan Kanada tidak akan pernah menjadi sebahagian daripada Amerika dalam apa jua bentuk sekalipun,” kata Carney dalam ucapan pertamanya selepas pemilihan kepimpinan parti, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Kenyataan itu dibuat di tengah ketegangan antara Ottawa dan Washington berhubung tarif perdagangan yang dikenakan AS terhadap barangan import dari negara itu.

Pada Disember lalu, Trump merujuk kepada Perdana Menteri Kanada ketika itu, Justin Trudeau sebagai “gabenor” bagi ” Great State of Canada” susulan ketegangan berkaitan ancaman tarif.

Selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden AS pada 3 Feb, Trump mencadangkan bahawa Kanada boleh menjadi negeri ke-51 AS untuk mengelakkan tarif serta mendapatkan perlindungan ketenteraan.

Laporan menyebut bahawa pegawai kerajaan Kanada mengambil serius kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan