Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di PPS di Sabah meningkat kepada 4,122 orang daripada 1,357 keluarga setakat 8 pagi tadi, berbanding 3,579 orang daripada 1,203 keluarga semalam. Foto fail TVS

Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 4,122 orang pagi ini

ByBernama

KOTA KINABALU, 10 Mac: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di PPS di Sabah meningkat kepada 4,122 orang daripada 1,357 keluarga setakat 8 pagi tadi, berbanding 3,579 orang daripada 1,203 keluarga semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, lapan PPS di Tenom menempatkan 743 orang daripada 276 keluarga.

Di Beaufort, empat PPS beroperasi dengan 1,339 orang daripada 432 keluarga, manakala dua PPS di Membakut menempatkan 872 orang daripada 293 keluarga.

Selain itu, dua PPS di Sook menempatkan 1,031 orang daripada 241 keluarga, sementara dua PPS di Keningau menampung 137 orang daripada 51 keluarga.

“Sebanyak 37 kampung terjejas, masing-masing 10 di Beaufort, Membakut dan Tenom, lima di Sook, serta dua di Keningau. Trend pemindahan di semua PPS kekal,” menurut kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan