Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rodiyah menyerahkan sumbangan dana kepada salah seorang penerima. Foto UKAS

Aktiviti keagamaan, kebajikan di Simunjan dapat sokongan

SIMUNJAN, 10 Mac: Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee menyerahkan dana berjumlah RM49,000 untuk aktiviti masjid dan surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan pada program ziarah Ramadan dan majlis berbuka puasa pada Ahad.

Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), program yang berlangsung di Masjid Darul Taqwa, Kampung Sungai Apin itu bertujuan mengeratkan hubungan antara pemimpin dengan masyarakat setempat dan memberikan sokongan kepada aktiviti keagamaan serta kebajikan di kawasan tersebut.

Rodiyah berkata, dana tersebut disalurkan kepada sembilan masjid dan 11 surau di kawasan DUN Simunjan untuk menyokong pelbagai program dan aktiviti keagamaan sepanjang tahun.

“Sumbangan ini adalah sebagai tanda sokongan kepada pengurusan masjid dan surau serta sebagai usaha untuk memperkukuhkan pelaksanaan aktiviti keagamaan dan kebajikan di kawasan kita.

“Program seperti ini juga merupakan peluang terbaik untuk kita mendekati rakyat dan berbuka puasa bersama mereka dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan,” katanya.

Selain penyerahan dana, Rodiyah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris turut menyampaikan 170 pek bubur lambuk dan 50 bakul makanan kepada asnaf serta keluarga kurang berkemampuan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan