Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah LKIM, Hamdan Mamat ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Rumah di Bawah Program Penempatan Semula Nelayan (PSN) Beladin di PSN Beladin hari ini. Foto Jazni Hanif

LKIM komited perkasa golongan nelayan Beladin

ByIzzah Kamilah Yunus

BELADIN, 8 Mac: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) komited dalam memperkasakan golongan nelayan termasuk meningkatkan taraf hidup nelayan melalui infrastruktur yang mapan.

Pengarahnya, Hamdan Mamat berkata, antaranya Program Penempatan Semula Nelayan (PSN) yang merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu komuniti nelayan memperoleh kediaman yang lebih selesa, tersusun dan strategik.

Berucap dalam Majlis Penyerahan Rumah Di Bawah Program PSN Beladin di sini hari ini katanya, sebanyak 68 unit rumah telah siap dibina di kawasan Pusat Pertubuhan Desa (RGC) Beladin, Bahagian Betong dengan peruntukan berjumlah RM6.8 juta.

“Untuk projek PSN Beladin ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM21.25 juta pada tahun 2016 melalui Mesyuarat Jawatankuasa Induk Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) bagi pembinaan 270 unit rumah dan bagi Fasa 1, sebanyak 68 unit rumah telah siap dibina di kawasan RGC Beladin, Bahagian Betong dengan peruntukan berjumlah RM6.8 juta,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Rumah di Bawah Program Penempatan Semula Nelayan (PSN) Beladin di PSN Beladin di sini, hari ini.

Menurutnya, proses pemilihan peserta telah dijalankan secara teliti dan menyeluruh untuk memastikan hanya nelayan yang benar-benar layak mendapat manfaat daripada program ini.

Proses pemilihan tersebut meliputi proses temuduga dan cabutan undi tahun lalu manakala sesi penyerahan surat tawaran telah dijalankan pada Februari lalu.

Tambahnya projek seperti PSN ini adalah bukti usaha kerajaan untuk membantu nelayan memiliki kediaman yang lebih stabil, selesa dan selamat bagi mereka sekeluarga.

“Saya juga berharap perancangan untuk meneruskan pembinaan unit rumah yang masih berbaki menjadi sebahagian daripada agenda di bawah Kerajaan Sarawak bagi tahun 2025 bagi menjayakan pelaksanaan Projek PSN Beladin keseluruhannya.

“Harapan saya juga supaya inisiatif seperti ini dapat diteruskan dan diperluaskan ke kawasan lain bagi membantu lebih ramai nelayan menikmati kemudahan perumahan yang lebih baik,” katanya lagi.

Turut hadir adalah ADUN Beting Maro Razilli Gapor dan Residen Bahagian Betong Richard Michael Abunawas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan