Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri ketika ditemui media pada Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini. Foto Amiruddin Shah (TVS)

Dasar Wanita berkesan bantu mangsa keganasan rumah tangga – Nancy

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Dasar Wanita yang dilancarkan hari ini akan membantu memperkasakan golongan wanita, terutama sekali dalam membantu mereka yang terlibat dalam keganasan rumah tangga.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, menerusi dasar itu, keberkesanannya tertumpu dari segi menangani isu berkenaan dan pada masa sama memperhebat kerjasama antara kementeriannya dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam soal itu.

“Kita akan perhalusi tindakan-tindakan yang perlu kita ambil melalui dasar-dasar yang telah kita sediakan dari segi kepimpinan, ekonomi dan sebagainya. Perinciannya nanti kita akan lihat, tapi apa yang penting ialah kita nak bantu wanita, terutama sekali mereka yang terkesan disebabkan keganasan rumah tangga.

“Ini kerana kes-kes ini semakin meningkat dan untuk itu kita perlu tambahan kerjasama daripada masyarakat untuk membantu memberi kesedaran.

“Dari segi undang-undang pula, perlu ada penambahbaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk meningkatkan keterlibatan wanita di peringkat tertinggi dalam sektor swasta, Nancy berkata pihaknya telah mengemukakan cadangan kepada Kabinet bagi menggalakkan syarikat swasta untuk mengambil pekerja wanita.

“Kita ada berbincang dengan Kementerian Kewangan (MOF) supaya berikan insentif cukai kepada syarikat-syarikat yang mengambil sekurang-kurangnya 30 peratus pekerja wanita, tetapi ini perlu perbincangan lanjut.

“Kita boleh minta, tetapi yang melaksanakan perkara itu ialah kementerian lain,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri pada majlis itu menggesa sektor swasta dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan menilai penglibatan pekerja wanita di peringkat pengurusan tertinggi, yang disifatkan sebagai masih terlalu kecil. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan