Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini. Foto Amiruddin Shah (TVS)

Syarikat swasta, GLIC diarah lakukan penilaian terhadap penyertaan wanita di peringkat tertinggi

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Sektor swasta, terutamanya syarikat besar dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), diminta untuk membuat penilaian terhadap penyertaan golongan wanita di peringkat tertinggi yang disifatkan terlalu kecil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Jemaah Menteri akan meminta perkara itu diberikan perhatian.

“Kita (Jemaah Menteri) akan dapatkan laporan berhubung perkara itu. Sekiranya terdapat kekurangan, kita tidak boleh memaksa jumlah itu ditambah terus.

“Tetapi harus ada perancangan kerana saya percaya, sekiranya kerajaan tidak menunjukkan contoh permulaan yang baik, sukar untuk kita menggesa syarikat swasta berbuat demikian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan akan memantau penyertaan wanita dalam program-program yang digariskan dalam dasar sedia ada di semua institusi pendidikan, termasuk di syarikat-syarikat swasta, bagi memastikan pemerkasaan terhadap golongan itu terus berjalan.

“Kerajaan akan pastikan program seperti TVET, program-program di universiti, pusat kecemerlangan, dan di syarikat-syarikat besar ini harus ada penyertaan wanita.

“Ini akan dipantau dan saya percaya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat harus diberi ruang untuk bekerjasama dengan kementerian lain supaya dapat memberi tumpuan terhadap program yang memberikan sedikit perhatian kepada golongan wanita,” katanya.

Anwar menambah, dasar pemerkasaan wanita dalam tempoh dua tahun pentadbiran kerajaan di bawah pimpinannya masih boleh diperbaiki.

Beliau menjelaskan, peranan keluarga dan wanita adalah sangat integral, selain daripada menjadi paksi kepada pembangunan masyarakat dan negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan