Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berucap pada Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini. Foto Amiruddin Shah (TVS)

Sektor swasta disaran sedia dasar kerja lebih fleksibel untuk wanita – Nancy

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Sektor swasta diminta untuk menyediakan dasar kerja yang lebih fleksibel dan peluang kepimpinan yang lebih luas bagi memperkasa wanita di negara ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pula perlu terus menjadi suara dalam memperjuangkan hak wanita.

Kata beliau, setiap individu di negara ini juga perlu memainkan peranan dalam menghapuskan stereotaip yang membataskan potensi wanita.

“Antara langkah utama yang diambil kerajaan adalah meningkatkan kadar penyertaan tenaga buruh wanita kepada 60 peratus, di samping memperkenalkan peluang pekerjaan yang mesra keluarga untuk menyokong keseimbangan antara kehidupan profesional dan peribadi.

“Selain itu, usaha memperkukuhkan perlindungan terhadap keganasan rumah tangga dan gangguan seksual juga perlu diteruskan bagi memastikan wanita dapat hidup dalam persekitaran yang selamat dan bebas daripada ancaman.

“Langkah strategik juga perlu diambil untuk mengarusperdanakan pemerkasaan wanita dalam pelbagai sektor, termasuk ekonomi, sains, teknologi, dan kepimpinan, agar lebih ramai wanita berpeluang memegang peranan penting dalam membuat keputusan dan mencorakkan hala tuju negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.

Bertemakan “Wanita Beraspirasi, Membina Legasi”, Nancy berkata tema ini dipilih untuk menekankan bahawa wanita juga boleh merealisasikan impian mereka dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi, politik, pendidikan, teknologi, dan masyarakat.

Nancy menambah, meskipun usaha dalam memperkasa wanita terus diperhebat, namun beliau mengakui banyak cabaran yang perlu ditempuhi.

Sebagai contoh, Nancy berkata, “penyertaan wanita dalam tenaga buruh masih rendah, dengan hanya 56.2 peratus berbanding lelaki iaitu 82.3 peratus.

“Ramai juga wanita terpaksa menghentikan kerjaya selepas berkahwin atau melahirkan anak dan tidak kembali bekerja.

“Dalam aspek keselamatan, kes keganasan terhadap wanita masih tinggi, dengan 5,249 kes dilaporkan sepanjang tahun 2024,” katanya.

Sehubungan itu, kata Nancy, Program Perantisan Wanita (Perantis) diyakini akan membantu melahirkan pemimpin wanita masa depan.

Beliau memberitahu, pada tahun lepas, Perantis telah menerima 354 permohonan dengan 25 program yang telah diluluskan yang akan memberi manfaat kepada 1,247 peserta. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan