Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan tanah runtuh di jalan Keningau-Tenom. Foto Media Sosial

Jalan Keningau-Tenom ditutup susulan tanah runtuh – JKR Sabah

ByBernama

KOTA KINABALU, 8 Mac: Jalan Keningau-Tenom di Kilometer 151.950/142.250 ditutup bermula hari ini atas faktor keselamatan susulan kejadian tanah runtuh.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam kenyataan memaklumkan kerja-kerja penyediaan laluan lencongan sedang giat dijalankan, namun jika hujan berterusan dan runtuhan masih aktif, penutupan jalan terpaksa dilanjutkan.

“Pengguna dinasihatkan menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Tenom-Sipitang (melalui Sipitang),” menurut kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, JKR Sabah turut memaklumkan Jalan Keningau-Kimanis juga ditutup sepenuhnya sejak 4 Mac demi keselamatan pengguna kerana kejadian tanah runtuh masih dikesan di laluan berkenaan.

“Orang ramai dari Kota Kinabalu ke Keningau atau Tenom dinasihatkan agar menggunakan jalan alternatif melalui Tambunan (Kota Kinabalu-Keningau-Tenom).

“JKR membuat pemantauan berterusan dan kerja-kerja pembersihan masih dilaksanakan, bagaimanapun ia bergantung kepada keadaan di lokasi, sekiranya cuaca tidak mengizinkan dan runtuhan masih aktif, penutupan jalan terpaksa dilanjutkan,” menurut kenyataan itu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan