Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gerald bersama kakitangan SK Nanga Ajau. Foto UKAS

Betong lahirkan pelajar cemerlang melalui pendidikan berkualiti

BySuara Sarawak

BETONG, 8 Mac: Program Jolly Phonics yang diperkenalkan di SK Nanga Ajau sejak 2018 kini membuktikan keupayaannya dalam memperkasa pendidikan awal di Betong.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak merangkap ADUN Layar, Datuk Gerald Rentap Jabu, berkata program ini menekankan pembinaan asas kukuh penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar prasekolah.

“Kejayaan program ini jelas apabila 10 pelajar Tahun 6 dari SK Nanga Ajau berjaya menempatkan diri di Sekolah Antarabangsa Yayasan Sarawak pada 2024.

Ini adalah pencapaian luar biasa yang menjadi sejarah bagi sekolah luar bandar dan membuktikan bahawa pendidikan awal yang berkualiti mampu mengubah masa depan anak-anak luar bandar,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa jika usaha yang sama diterapkan di sekolah lain, lebih ramai pelajar luar bandar mampu melangkah jauh dan bersaing di peringkat lebih tinggi.

“Justeru, saya harap semua sekolah di Betong boleh melahirkan sekurang-kurangnya seorang pelajar yang layak melanjutkan pelajaran ke Sekolah Antarabangsa Yayasan Sarawak pada tahun hadapan.

Betong berpotensi melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang yang mampu bersaing di peringkat lebih tinggi, sekali gus mengubah landskap pendidikan luar bandar,” ujarnya.

Selain Program Jolly Phonics, pelbagai inisiatif lain turut dilaksanakan bagi memastikan pendidikan di Betong terus berkembang, termasuk pemberian tablet kepada pelajar Tingkatan 5.

Terdapat juga program sumbangan buku kerja dan aktiviti kepada sekolah rendah, serta Program Tuisyen Rumah Panjai yang memberi peluang kepada pelajar luar bandar mendapatkan pendidikan tambahan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan