Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang (tengah) meluangkan masa melawat ruang memasak bubur lambuk pada Program Memasak Bubur Lambuk Perpaduan di Dewan Sivik Kerteh hari ini. Foto Bernama

Pusat mediasi komuniti KPN selesai 215 konflik komuniti tanpa proses perundangan

ByBernama

KERTEH, 8 Mac: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Pusat Mediasi Komuniti telah menyelesaikan 215 konflik di peringkat komuniti tahun lepas, sekali gus mengelak penyelesaian kes secara perundangan.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata semua kes tersebut dikendalikan Mediator Komuniti secara proaktif di bawah penyeliaan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

“Skop perkhidmatan mediasi yang dikendalikan oleh Mediator Komuniti berkaitan isu-isu yang berlaku dalam kawasan kejiranan setempat seperti gangguan bunyi bising, pergaduhan antara jiran, isu kekeluargaan, isu alam sekitar dan pelbagai.

“Kementerian berhasrat untuk memastikan perkhidmatan mediasi secara percuma yang disediakan kepada rakyat ini dapat dimanfaat dan diakses dengan lebih mudah melalui penubuhan dan perluasan Pusat Mediasi Komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Gerak Rahmah: Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2025 di Dewan Sivik Kerteh, di sini hari ini.

Aaron berkata sehingga kini terdapat lapan buah pusat berkenaan di seluruh negara dan pihaknya bercadang untuk menambah lima lagi Pusat Mediasi Komuniti dalam negara.

Lima lokasi baharu ialah di Pusat Aktiviti Perpaduan Kemaman di Terengganu dan Pejabat Perpaduan Daerah Pontian, Johor selain tiga lagi menerusi kerjasama dengan Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor; Majlis Daerah Tuaran, Sabah; dan Think City serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Perumahan Rakyat Seri Kota di ibu negara.

Sementara itu beliau berkata peranan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) dalam mendepani isu dalam komuniti termasuk soal keselamatan dan perpaduan juga amat penting.

“Saya melihat kalau ada KRT ini, jarang ada masalah yang besar-besar. Mungkin ada (masalah besar) tetapi sedikit dan dapat ditangani dengan adanya ahli yang jalankan tugas untuk meredakan masalah,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan