Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Luar China Wang Yi. Foto fail AFP

China sokong pelan pemulihan keamanan Gaza dimulakan Mesir, negara Arab lain – Menteri Luar

ByBernama

BEIJING, 7 Mac: China menyokong pelan untuk memulihkan keamanan di Gaza yang dimulakan oleh Mesir dan negara Arab yang lain, kata Menteri Luar China Wang Yi pada Jumaat.

Gaza adalah milik rakyat Palestin dan sebahagian wilayah Palestin yang tidak boleh dipisahkan. Mengubah status Gaza dengan cara paksaan tidak akan membawa keamanan, tetapi hanya kekacauan baharu, Wang memberitahu sidang media yang diadakan di luar sesi tahunan badan perundangan negara yang sedang berlangsung, lapor Xinhua.

Wang menyeru usaha untuk mempromosikan gencatan senjata yang komprehensif dan berkekalan, meningkatkan bantuan kemanusiaan, mematuhi prinsip “rakyat Palestin memerintah Palestin” dan menyumbang kepada pembinaan semula di Gaza.

Menyedari yang isu Palestin sentiasa menjadi isu utama Asia Barat, menteri luar itu menyeru masyarakat antarabangsa untuk memberi lebih tumpuan kepada penyelesaian dua negara dan memberi lebih sokongan kepada mewujudkan Palestin yang bebas.

Semua pihak di Palestin perlu menjayakan Deklarasi Beijing untuk mencapai perpaduan dan pengukuhan diri, semua pihak di Asia Barat perlu mengatasi perbezaan untuk menyokong negara Palestin dan masyarakat antarabangsa perlu membina konsensus dan mempromosikan keamanan antara Palestin dan Israel, kata Wang.

“Kami akan terus berusaha dengan tegas untuk keadilan, keamanan dan pembangunan untuk rakyat Asia Barat,” kata Wang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan