Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merasmikan Bazar Ramadan Taman Awam Lawas hari ini. Foto Salasiah Safian (TVS)

Teroka kaedah baharu perniagaan

BySalasiah Safian

LAWAS, 7 Mac: Penduduk Lawas perlu berani menerokai kaedah baharu dalam perniagaan, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau berkata, kemahiran sedia ada hendak dipertingkatkan termasuk dengan memanfaatkan bantuan disediakan kerajaan.

“Kerajaan juga mempunyai banyak jenis program bantuan dan ini bukan sahaja disalur melalui agensi atau jabatan Kerajaan Sarawak sahaja malah Kerajaan Persekutuan juga ada.

“Jadi kita memanfaatkan semua itu. Kalau kita tidak tahu, kita tidak faham, kita tanya kepada mereka yang faham dan kita mahu ini (perniagaan) dibesarkan. Kita mempunyai banyak peluang untuk kita meningkatkan kemahiran dan keupayaan kita. Jadi gunakan semua ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bazar Ramadan Taman Awam Lawas di sini, hari ini.

Awang Tengah menjelaskan, fasiliti untuk berniaga juga disediakan seperti Anjung Niaga dan Kerajaan Sarawak akan terus meningkatkan kemudahan dari semasa ke semasa.

“Sekarang ini syukur Alhamdulillah dalam kawasan kita sendiri sudah ada peningkatan dari segi perhubungan, dan lain dengan perkembangan yang baharu,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut berpesan kepada peniaga di bazar Ramadan untuk sentiasa menjaga kebersihan dan kualiti makanan yang disediakan.

Sebanyak 224 lot bazar Ramadan dibuka di Bandar Lawas tahun 2025. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan