BINTULU, 7 Mac: Ketua Ombudsman Sarawak, Datuk Sri Abdul Ghafur Shariff, mengadakan lawatan rasmi ke Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di Wisma Bintulu bagi memperkukuh kerjasama dalam meningkatkan ketelusan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam, semalam.
Ketibaan beliau disambut oleh Pengurus Besar BDA, Datuk Muhamad Yakup Kari bersama-sama barisan pengurusan kanan agensi tersebut.
Sepanjang lawatan, pelbagai isu berkaitan kecekapan pentadbiran, termasuk mekanisme pengurusan aduan masyarakat serta langkah-langkah penambahbaikan perkhidmatan dibincangkan.
Salah satu topik utama yang dibincangkan ialah kejadian banjir yang melanda Bintulu pada 29 Januari lalu. -TVS