Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2025 di Kuching, hari ini. Foto TVS

Program Sumbangsih untuk barisan hadapan diperluas ke Gawai dan Tahun Baharu Cina

ByConnie Grace

KUCHING, 7 Mac: Kerajaan Sarawak akan meneruskan program Sumbangsih Raya dan memperluaskan semasa perayaan Gawai Dayak dan Tahun Baharu Cina.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata program ini adalah untuk menghargai pengorbanan petugas di barisan hadapan dan selaras dengan semangat perpaduan rakyat Sarawak.

“Pihak kerajaan telah merancang untuk memperluas inisiatif ini kepada perayaan-perayaan lain agar terus menghargai pengorbanan petugas yang setia berkhidmat walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2025 di sini, hari ini. Majlis itu menyaksikan 11 agensi dan jabatan kerajaan menerima sumbangan berupa makanan dan minuman sempena Aidilfitri tahun ini.

Beliau berharap sumbangan ini dapat menyuntik semangat dan kegembiraan kepada mereka yang bertugas, sekali gus menyemai perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama semasa setiap perayaan.

Abang Johari berkata lagi, inisiatif sumbangan ini bukan sahaja datang daripada pihak kerajaan, tetapi juga daripada masyarakat yang turut menyumbang atas dasar keprihatinan.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua individu yang telah memberikan sumbangan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti yang bekerja keras menyiapkan bantuan dalam bentuk makanan dan kuih-muih.

“Kami sangat menghargai usaha bersama ini yang bukan sahaja memanfaatkan mereka yang bertugas, tetapi juga mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat dan pihak berkuasa,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan