Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri majlis berbuka puasa bersama penjawat awam di Atrium Dewan Undangan Negeri Sarawak, Kuching, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Premier Sarawak berbuka puasa bersama penjawat awam

KUCHING, 6 Mac: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Penjawat Awam di Atrium Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Abang Johari serta tetamu kenamaan berkongsi keindahan Ramadan bersama ratusan penjawat awam bagi mempererat ukhuwah dan perpaduan.

Sejurus berbuka, Abang Johari dan tetamu kenamaan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan sunat terawih bersama jemaah.

Turut hadir ke majlis berbuka puasa itu adalah Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif Dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Awal dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Timbalan Menteri Utiliti Dan Telekomunikasi II (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan