Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita berputih mata apabila wang simpanan dan hasil perniagaannya ‘lebur’ akibat ditipu menerusi panggilan telefon oleh seorang lelaki menyamar sebagai ‘pegawai Bank Negara’. Foto hiasan Envato

Wanita rugi lebih RM1 juta ditipu ‘pegawai Bank Negara’

ByBernama

IPOH, 6 Mac: Seorang wanita berputih mata apabila wang simpanan dan hasil perniagaannya ‘lebur’ akibat ditipu menerusi panggilan telefon oleh seorang lelaki menyamar sebagai ‘pegawai Bank Negara’.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata wanita berusia 45 tahun itu membuat laporan polis semalam dengan menyatakan wang terbabit dibayar kononnya bagi menyelesaikan jenayah pengubahan wang haram yang dilakukannya.

“Oleh kerana takut, mangsa telah mengikut segala arahan yang diberi dengan membuat tujuh pindahan wang secara berperingkat mulai 3 Dis 2024 hingga 10 Feb lepas ke dalam tiga akaun bank berbeza yang keseluruhannya berjumlah kira-kira RM1.28 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa dijanjikan wangnya akan dipulangkan, namun tidak menerimanya setakat semalam lalu menceritakan hal berkenaan kepada rakannya.

Mangsa katanya membuat laporan polis selepas diberitahu rakannya kemungkinan telah ditipu dan kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sehubungan dengan itu, Mohamad Sajidan menasihati orang ramai supaya tidak mudah panik dan jangan percaya dengan apa jua dakwaan yang diterima melalui panggilan telefon daripada individu tidak dikenali.

“Orang ramai juga diingatkan supaya menyemak dengan polis atau agensi kerajaan bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan