KUCHING, 5 Mac: Tiga rumah di Kampung Tabuan Melayu di sini musnah dalam kebakaran hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, dua rumah musnah sepenuhnya, manakala sebuah lagi terbakar kira-kira 30 peratus.
Bomba yang menerima panggilan kecemasan pada pukul 6 petang menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya, Batu Lintang dan Padungan.
Tiga rumah berkenaan dihuni 23 orang.
“Terdapat seorang mangsa mengalami sesak nafas akibat terhidu asap tebal telah dihantar ke hospital menggunakan EMRS Batu Lintang,” katanya.
Punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.