Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Juliana menunjukkan ketuhar pertama daripada Jabatan Pertanian untuk memulakan perniagaan kek lapisnya. Foto Salasiah Safian (TVS)

Bermodalkan RM500, Juliana kini terima tempahan kek lapis sehingga RM700,000

BySalasiah Safian

MIRI, 5 Mac: Memulakan perniagaan pada usia 19 tahun, dengan bermodalkan RM500 perniagaan kek lapis Juliana Abu Bakar dan suami kini berkembang hingga ke luar negara.

Menurutnya, perjalanan perniagaannya bukanlah mudah, kertas cadangannya pernah ditolak beberapa kali dan dari situlah dirinya belajar untuk memperbaiki setiap kekurangan yang ada.

“Masa kami bermula dulu, kami edarkan risalah untuk memperkenalkan bisnes kami kepada orang ramai. Kalau dulu mana ada sosial media macam sekarang.

“Kami juga menghantar kek lapis ke hotel-hotel, selepas tu kami edarkan sampel ke pasar raya dan juga kepada warga Brunei. Dari situlah ia bermula,” katanya.

Kongsi Juliana kepada TVS, pada tahun ini dirinya menerima tempahan Kek Lapis Sarawak bernilai hampir RM700,000 untuk Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

Selain menerima tempahan di dalam Sarawak, Juliana turut menerima tempahan daripada pelanggan di Semenanjung Malaysia, Brunei, Singapura dan baru-baru ini dari Sabah.

“Ada peningkatanlah, anggaran saya jika boleh dibandingkan dengan tahun lepas ada peningkatan kerana saya bukan sahaja menerima tempahan daripada warga Brunei. Sekarang ini saya menerima tempahan baharu untuk tahun ini iaitu dari Kota Kinabalu, Sabah. Mereka baru sahaja menempah dengan saya sebelum bulan Ramadan ini.

“Kami juga mendapat tempahan dari Singapura. Jadi jika dilihat, saya boleh anggarkan dalam RM600,000 ke RM700,000,” ujarnya lagi.

Pek pembungkusan baru (kiri) dan lama (kanan) untuk Kek Lapis Sarawak Siti Payung. Foto Salasiah Safian (TVS)

Akui Juliana, Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Singapura (STATOS) dan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Brunei Darussalam (STATOB) telah memperkenalkan produknya ke pasaran negara tersebut.

Akan datang, Juliana sedang mengintai pasaran di negara China.

Tambahnya lagi, memiliki sijil halal, sijil Good Manufacturing Practise (GMP) dan sijil Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) memudahkan lagi produknya untuk menembusi pasaran antarabangsa.

“Bila kami memiliki sijil GMP dan HACCP, ia memudahkan lagi untuk kami mengeksport produk ke luar negara. Kosnya pun agak murah jika dibandingkan dengan tidak memiliki GMP dan HACCP,” tambah Juliana.

Bergerak ke hadapan, syarikat Juliana kini sedang menjalankan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) untuk ketahanan produknya tanpa menggunakan bahan pengawet.

Selain menjual Kek Lapis Sarawak, Juliana juga menghasilkan biskut dan roti.

Syarikat Juliana juga merupakan Pengeluar Peralatan Asli (OEM) dan sudah mendapat tempahan dari Doha, Qatar untuk pembungkusan dan penjenamaan biskut.

Kepada mereka yang baru berjinak dalam dunia perniagaan, nasihat Juliana…usah mudah berputus asa dan jangan berhenti belajar sesuatu yang baharu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan