Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anwar hadir pada Majlis Pelancaran Kerjasama Strategik Silicon Vision bersama Arm Limited 2025 di sini, hari ini. Foto, Afiq Johari (TVS).

Arm Limited pilih KL sebagai lokasi sulung pejabatnya di Asia Tenggara

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 5 Mac: Syarikat semikonduktor global, Arm Limited dari United Kingdom memilih Malaysia sebagai pembukaan pejabat operasinya sulungnya di Asia Tenggara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penubuhan pejabat itu adalah bagi memperluas jangkauan perniagaan syarikat berkenaan di pasaran ASEAN, Australia dan New Zealand.

“Saya berterima kasih kepada pihak pengurusan Arm Limited atas kepercayaan yang telah diberikan kepada Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kerjasama Strategik Silicon Vision bersama Arm Limited 2025 di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Ekonomi, Datuk Rafizi Ramli, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif Arm, Rene Haas.

Sementara itu, Anwar berkata penubuhan pusat operasi syarikat itu di Kuala Lumpur juga bertujuan untuk meningkatkan kerjasama strategik antara Arm Limited dan Malaysia.

Jelas Anwar, kerjasama kedua-dua pihak merupakan permulaan kepada gelombang semikonduktor kedua yang menandakan peralihan negara terhadap semikonduktor dan teknologi yang akan mencorak masa depan.

“Melalui perkongsian komprehensif dengan Arm, kerajaan telah merangka pelan teknologi yang bercita-cita tinggi yang pernah dilaksana bagi mempelopori pembuatan cip kecerdasan buatan (AI), Made by Malaysia,” katanya.

Kata beliau, cip yang dihasilkan bersama Arm akan direka bentuk, dikilang, diuji dan dipasang di Malaysia dan seterusnya dijual ke seluruh dunia. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan