Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sembilan daripada 12 pakej kerja dalam projek Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak sepanjang 641 kilometer (km) telah siap sepenuhnya dan dibuka kepada pengguna jalan raya secara berperingkat dari Januari 2021 hingga November 2024. Foto fail Fiqri Razak (TVS)

Dewan Negara: Laluan sepanjang 641 km LPB Sarawak dibuka kepada pengguna

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 5 Mac: Laluan sepanjang 641 kilometer (km) projek fasa satu Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak telah dibuka kepada pengguna secara berperingkat bermula Januari 2021 hingga November 2024.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kesemua laluan itu merupakan sembilan daripada 12 pakej kerja fasa satu LPB di wilayah berkenaan.

Jelas beliau, dua pakej masih dalam pembinaan iaitu WPC06 sepanjang 65 km di Sarikei yang dijadualkan siap pada suku kedua tahun ini.

“Daripada keseluruhan Fasa 1 yang melibatkan 11 pakej kerja sepanjang 786 km, sembilan pakej telah siap dan dibuka secara berperingkat kepada pengguna jalan raya setakat Februari tahun ini.

“Projek WPC11 sepanjang 80 km pula dijangka siap pada suku keempat 2025, kecuali Seksyen Lambir di Miri sepanjang empat km yang memerlukan reka bentuk semula dan dijangka siap pada Oktober 2027,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Dato Ahmad Ibrahim mengenai peratusan kemajuan semasa dan jangkaan tempoh siap projek Fasa 1 LPB Sarawak.

Ujar Alexander Nanta, antara sembilan pakej kerja yang telah dibuka termasuk Pakej WPC01 dari Telok Melano ke Sematan (33 km); Pakej WPC03 dari Serian ke persimpangan Pantu (75 km); Pakej WPC05 dari persimpangan Batang Skrang ke Sungai Awik (68 km); Pakej WPC04 dari persimpangan Pantu ke Batang Skrang (89 km) dan Pakej WPC07 dari persimpangan Bintangor ke Jambatan Sungai Kua (76 km).

Empat pakej lain iaitu Pakej WPC10 dari Mile 5-Nyabau Flyover dan persimpangan Bakun ke Sungai Tangap (77 km); Pakej WPC02 dari Sematan ke Jambatan Sungai Moyan (95 km); Pakej WPC08 dari Jambatan Sungai Kua ke Jambatan Sungai Arip (63 km) dan Pakej WPC09 dari Jambatan Sungai Arip ke persimpangan Bintulu Airport (65 km).

Ketika ditanya mengenai langkah terhadap kontraktor yang gagal memenuhi jadual, beliau menegaskan bahawa kementerian mengambil tindakan tegas termasuk mengeluarkan notis amaran dan menamatkan kontrak bagi kes kelewatan serius.

“Jika tiada penambahbaikan selepas menerima beberapa notis amaran, Pegawai Penguasa (SO) akan membentangkan isu ini dalam Mesyuarat Contract Coordination Meeting (CCP) untuk pemantauan lebih dekat serta penyelesaian segera.

“Selain itu, sekiranya kontraktor gagal menyiapkan projek tanpa justifikasi munasabah, penalti Liquidated Ascertained Damages (LAD) akan dikenakan mengikut kadar yang ditetapkan dalam kontrak,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan