Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita maut dalam kejadian tanah runtuh melibatkan sebuah rumah di Kampung Lok Bonu Jalan Sepanggar di sini awal pagi tadi. Foto JBPM

Wanita maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lok Bonu Sepanggar

ByBernama

KOTA KINABALU, 5 Mac: Seorang wanita maut dalam kejadian tanah runtuh melibatkan sebuah rumah di Kampung Lok Bonu Jalan Sepanggar di sini awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.32 pagi sebelum 10 anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba di lokasi, pasukan operasi mendapati berlaku hakisan tanah runtuh dan menimbus sebuah rumah jenis tidak kekal menyebabkan kerosakan 100 peratus.

“Terdapat dua mangsa terlibat iaitu seorang wanita yang tertimbus dan berjaya dikeluarkan oleh bomba namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian, manakala anak lelakinya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan  pada 7 pagi tadi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan