Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, pada Selasa menekankan keperluan untuk rangka kerja politik yang jelas bagi membangunkan semula Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA). Foto fail AFP

Sidang Kemuncak Arab: Ketua PBB tekankan keperluan rangka kerja politik jelas untuk pembinaan semula Gaza

ByBernama

ISTANBUL, 5 Mac: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, pada Selasa menekankan keperluan untuk rangka kerja politik yang jelas bagi membangunkan semula Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Beliau menyuarakan perkara itu dalam ucapannya pada Sidang Kemuncak Tergempar Arab yang berlangsung di ibu negara Mesir, Kaherah, bagi membincangkan usaha pembinaan semula Gaza.

Ketua PBB itu berkata, pemulihan, pembinaan semula dan kestabilan Gaza perlu berlandaskan prinsip undang-undang antarabangsa serta mempunyai rangka kerja politik yang jelas.

Para pemimpin Arab berhimpun di Kaherah pada Selasa bagi menghadiri sidang kemuncak tergempar itu yang bertujuan menangani usaha pembinaan semula Gaza dan menggerakkan sokongan terhadap rancangan pemulihan yang dikemukakan Mesir.

Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, turut membentangkan pelan pembinaan semula Gaza pada sidang berkenaan dengan menegaskan bahawa usaha pemulihan harus dilaksanakan tanpa sebarang pemindahan penduduk Palestin.

Beliau menggesa sokongan antarabangsa dan serantau terhadap inisiatif itu serta menegaskan komitmen Mesir dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat Palestin. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan