Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dalam operasi ini, imigresen menahan 11 lelaki, dua wanita berumur 30 hingga 60 tahun serta tiga kanak-kanak, iaitu dua lelaki dan seorang perempuan yang merupakan warga Indonesia. Foto JIM Kelantan

Imigresen Kelantan tahan 16 warga asing termasuk tiga kanak-kanak

ByBernama

KOTA BHARU, 4 Mac: Jabatan Imigresen Kelantan menahan 16 warga asing dalam Op Sapu yang dijalankan di sekitar Tanah Merah dan Jeli dari semalam hingga pagi tadi.

Pengarah Jabatan Imigresen Kelantan Mohamed Yusoff Khan berkata operasi bermula pada 10 pagi dengan kekuatan 16 pegawai pelbagai pangkat daripada bahagian penguatkuasaan imigresen negeri.

Beliau berkata berdasarkan hasil risikan, pemeriksaan dilakukan terhadap warga asing di rumah kongsi Kilang Papan Batang Merbau, Tanah Merah dan rumah kongsi Kilang Papan ZG Timber, Ayer Lanas, Jeli.

“Dalam operasi ini, imigresen menahan 11 lelaki, dua wanita berumur 30 hingga 60 tahun serta tiga kanak-kanak, iaitu dua lelaki dan seorang perempuan yang merupakan warga Indonesia.

“Kesemua kanak-kanak ditahan bersama ibu bapa masing-masing yang berumur antara satu hingga empat tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamed Yusoff berkata kesemua mereka dihantar ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan