Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dengan kemajuan teknologi dan peningkatan penggunaan transaksi tanpa tunai, ramai peniaga di bazar Ramadan kini mula menyediakan kod QR untuk pembayaran. Namun, pilihan antara tunai dan QR masih menjadi perdebatan dalam kalangan pengunjung dan peniaga. Foto hiasan Envato

Pembayaran di bazar Ramadan: Tunai atau digital?

BySuara Sarawak

KUCHING, 3 Mac: Dengan kemajuan teknologi dan peningkatan penggunaan transaksi tanpa tunai, ramai peniaga di bazar Ramadan kini mula menyediakan kod QR untuk pembayaran.

Namun, pilihan antara tunai dan QR masih menjadi perdebatan dalam kalangan pengunjung dan peniaga.

Di bazar Ramadan Batu Kawa, bukan hanya hidangan yang menjadi tumpuan, tetapi juga cara pembayaran yang digunakan.

Ada pengunjung yang setia dengan wang tunai, sementara yang lain lebih selesa dengan transaksi digital.

Bagi Rabiatul Zahra, 22, seorang pengunjung bazar, pembayaran tanpa tunai memang memudahkan dalam banyak situasi, tetapi untuk bazar, dia lebih gemar menggunakan wang tunai.

“Sekarang memang banyak transaksi menggunakan pembayaran tanpa tunai dan ia memudahkan. Namun, di kawasan yang ramai orang seperti bazar, saya lebih suka wang tunai kerana ia boleh mengganggu transaksi,” katanya.

Sebaliknya, Syazatul Qatrunnada, 18, yang bekerja di sektor swasta, lebih selesa menggunakan imbasan QR kerana baginya ia lebih selamat dan mudah.

“Saya lebih gemar bayar menggunakan transaksi digital kerana ia memudahkan kehidupan saya dan peniaga. Jika ada QR, ia juga lebih bersih. Bahaya membawa banyak duit ke kawasan tumpuan,” jelasnya.
Bagi peniaga seperti Maswati Sisa, 48, transaksi tunai atau digital tidak menjadi isu baginya.

Berdasarkan pengalamannya berniaga di medan selera selama tujuh bulan, kebanyakan pelanggan masih memilih tunai.

“Bagi saya, kedua-dua cara ini sama. Namun, saya tetap sediakan QR untuk memudahkan orang yang tidak membawa tunai,” katanya.

Walaupun majoriti masih menggunakan tunai, trend pembayaran digital semakin berkembang, terutama dalam kalangan generasi muda yang lebih memahami teknologi.

Namun, seperti yang dinyatakan oleh peniaga dan pengunjung bazar, selagi ada pilihan, mereka akan menggunakan kaedah yang paling memudahkan.

Buat masa ini, sama ada tunai atau imbasan QR, yang penting adalah kemudahan dan kelancaran urusan jual beli. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan