Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berumur 17 tahun yang dilaporkan hilang selepas melarikan diri dari sebuah rumah perlindungan di Petaling Jaya, dekat sini Jumaat lepas. Foto Bernama

Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan lari dari rumah perlindungan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berumur 17 tahun yang dilaporkan hilang selepas melarikan diri dari sebuah rumah perlindungan di Petaling Jaya, dekat sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Thavamalar pada 5.13 petang semalam.

“Remaja berkenaan kali terakhir dilihat berada di Jalan 12/6 Seksyen 12 Petaling Jaya pada 7.05 malam 28 Feb dan mempunyai ketinggian 159 sentimeter, berambut panjang serta berbadan kurus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja berkenaan boleh tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di 03-79662222. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan