Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. Foto TVS.

Ketelusan, akauntabiliti jadi tanggungjawab penjawat awam

BySuara Sarawak

KUCHING, 1 Mac: Ketelusan dan akauntabiliti bukan sekadar prinsip, tetapi merupakan tanggungjawab yang wajib dipikul oleh setiap penjawat awam.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, menegaskan bahawa pentadbiran yang berintegriti adalah kunci kepada kepercayaan rakyat.

“Oleh itu, sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa, ketidakpatuhan, atau kelemahan dalam sistem penyampaian tidak boleh dibiarkan berleluasa. Pelanggaran prosedur dan ketidakpatuhan bukan sahaja menjejaskan keberkesanan pentadbiran, tetapi juga menggugat keyakinan rakyat terhadap kerajaan,” katanya ketika menyampaikan Amanat Bulanan Mac 2025 pada Jumaat.

Jelasnya, kepimpinan dalam jabatan memainkan peranan penting dalam memastikan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) dan dasar kerajaan.

“Setiap Ketua Jabatan perlu memastikan semua tindakan dalam organisasi mereka berjalan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Mereka bukan sekadar pengurus, tetapi pemacu integriti dalam organisasi masing-masing. Jika mereka lalai dalam pemantauan dan kawal selia, keseluruhan sistem pentadbiran akan terjejas,” ujarnya.

Beliau juga mengingatkan bahawa pemantauan terhadap projek kerajaan perlu diperkukuh bagi memastikan semua perancangan berjalan lancar tanpa sebarang kelewatan atau ketirisan.

Tambahnya, laporan audit merupakan mekanisme penting dalam menilai ketelusan sistem pengurusan kerajaan.
“Setiap teguran daripada pihak audit perlu diberi perhatian serius, dan tindakan pembetulan mesti dilakukan tanpa berlengah. Ini bukan pilihan, tetapi satu kewajipan bagi memastikan pentadbiran kita sentiasa berada pada tahap tertinggi dalam aspek ketelusan dan akauntabiliti,” tegasnya.

Beliau turut menekankan keperluan jabatan untuk memberikan maklum balas secara proaktif terhadap setiap laporan audit serta memastikan tindakan susulan dilakukan secara menyeluruh dan berkesan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan