Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, hadir Majlis Penyampaian Geran Tahunan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), masjid, dan surau di kawasan Parlimen Petra Jaya hari ini. Foto Fadillah Yusuf (FB)

Kursus AI untuk pemimpin masyarakat akan dilaksanakan di Petra Jaya – Fadillah

KUCHING, 1 Mac: Kursus kecerdasan buatan (AI) melibatkan pemimpin masyarakat dari kawasan Petra Jaya akan dilaksanakan tidak lama lagi bagi memastikan teknologi itu tidak disalah guna, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata kursus itu juga bertujuan meningkatkan pembangunan ekonomi ke kawasan berkenaan.

Sehubungan itu beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Microsoft Malaysia bagi menggerakkan inisiatif tersebut dalam masa terdekat.

“Satu daripada fokus kita ialah bagaimana kita nak kuasai bidang AI ini dan juga teknologi-teknologi lain, supaya kita dapat memanfaatkan teknologi ke arah kebaikan seperti menyebarkan maklumat yang sahih dan pengurusan kepimpinan.

“Kumpulan sasar untuk menyertai kursus AI ini ialah pemimpin masyarakat, guru-guru dan belia, selain melibatkan juga golongan usahawan bagi mengasah kemahiran teknologi mereka untuk memasarkan produk,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Geran Tahunan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), masjid dan surau kawasan Parlimen Petra Jaya, hari ini.

Majlis itu menyaksikan sejumlah RM591,000 geran tahunan disalurkan kepada 87 JKKK dan 30 masjid, bertujuan merancakkan pelbagai aktiviti sepanjang tahun ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan